Mari Elak Cyber Grooming (Safe & Shield)
16 Mac 2025 | Aktiviti TerkiniPada 15 Mac 2025, Staf NADI telah menyediakan tempat bagi peserta yang berminat dalam mendengar taklimat secara atas talian yang bertajuk Mari Elak Cyber Grooming (Safe & Shield). Tujuan taklimat webinar diadakan adalah untuk memberi penerangan tentang maksud Cyber Grooming kepada masyarakat khususnya kanak – kanak agar mereka sedar akan bahaya Cyber Grooming.
Selain itu, webinar ini juga memberi pendedahan tentang cara cyber grooming dilakukan oleh orang dewasa kepada kanak – kanak sehingga mewujudkan sesuatu hubungan emosi dan membawa ke arah perkara negatif dan bahaya.
Dengan adanya program seperti ini, ianya mampu memberikan pengetahuan kepada staf tentang NADI dan fungsi NADI. Antara lain, staf juga dapat meningkatkan lagi pengetahuan mereka mengenai apa jua bidang yang mereka minati. Melalui program ini juga, Staf NADI dapat membina hubungan baik dengan pihak organisasi luar dan komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: